Friday, February 27, 2015
Pelik

Pelik. 

Pelik macam mana kau boleh rasa seribu satu perasaan serentak. Macam semua perasaan tu tiba-tiba datang serbu kau. Kau tak tahu nak rasa apa sebab semua tu datang sekali. Kau sendiri pelik dengan diri sendiri.  

Marah. Kau memang marah. Tapi kau tak tau kau marah apa. Kau tak tahu kau marah dekat siapa. So, kau end up lepaskan marah kau dekat orang pertama yang cari pasal dengan kau. Kesian orang tu. Mangsa keadaan. 

Sedih. Kau tiba-tiba sedih. Satu masa tu kau happy, lepas tu kau terdiam. Sebelum kau sempat rasa apa-apa, kau tiba-tiba down. Tapi kenapa? Apa sebab kau down? Tak ada apa. Sebenarnya apa yang kau rasa? Kau sedih, okey. Tapi kenapa kau sedih? Lagi sekali kau tanya dekat diri kau. Tak tahu. Itu jawapan kau. 

Happy. Kau tengok balik gambar-gambar lama. Kau sengih sorang-sorang. Kau tengok diri kau senyum dalam gambar-gambar tu. Kau senyum sendiri. Tapi berapa lama perasaan tu boleh tahan dalam diri kau sebelum perasaan lain pulak datang? 

Annoyed. Semua orang annoying. Semua orang irritating. Kau rasa macam nak bagi bitch slap dekat semua orang yang annoy kau. Kau rasa macam nak menjerit dekat kawan kau yang tetap terus menerus langgar the-sister-code walaupun dah beribu kali kau bagitau dia jangan langgar kod tu. Kau rasa macam nak bagi bitch slap dekat kawan kau on Twitter yang selalu menyampuk conversation kau dengan orang lain.

Lonely. Kau rasa lonely tiba-tiba, macam semua benda tak kena. Padahal hidup kau sekarang ni smooth je. Kau rasa ada benda yang tak lengkap dalam hidup kau dan kau sendiri tahu apa yang tak lengkap tu. Kau sendiri tahu kenapa kau rasa lonely tapi kau tak boleh nak buat apa-apa. So kau end up pendam sorang-sorang kau punya loneliness tu dan kemudian terus menerus pretend macam tak ada apa. 

Susah. Memang susah bila nak bercakap pasal perasaan manusia. Apa yang kau fikir dan apa yang kau rasa tak sama dengan apa yang orang lain rasa. So, bila orang bagitahu kau yang dia faham apa yang kau tengah rasa, dia sebenarnya tak faham. 

Pelik. Pelik kenapa aku tulis macam ni. Aku sendiri lost dalam ayat yang aku karang. Aku sendiri angkat bahu, tak tahu dan tak pasti apa yang aku rasa sekarang ni. 

Mungkin ini bukan aku. Mungkin ini hormon yang tiba-tiba menulis bagi pihak aku. Tapi, mungkin jugak yang ini sebenarnya apa yang aku rasa deep inside, cuma aku takut nak mengaku.

Entah. Aku tak tahu. 

Labels:


0 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram