Monday, May 04, 2015
Voyage


Photo credits: Arib Ismail

Wooohoooooooo I am so excited to announce that my third book, Voyage is finally out! 

Actually Voyage dah mula terjual on the very first day of the Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF atau PBAKL) tepat pukul 3 petang. Ye, buku ni fresh from kilang untuk Pesta Buku! Aku excited sebenarnya nak tulis pasal ni dalam blog tapi memandangkan banyak assignment yang aku kena siapkan, entry ni terpaksa di-hold dulu sampailah hari ni. Antara ketiga-tiga novel yang pernah aku publish sebelum ni, aku rasa Voyage lah yang paling special sekali. Why? 


1. Sebab aku keluar daripada comfort zone aku. 
Aku tak pernah langsung terfikir yang aku akan tulis novel yang bergenre misteri. I've been writing young-adult fiction since forever kot. Since zaman sekolah lagi sampailah ke zaman manuskrip aku berjaya dipublish. Young-adult fiction memang makanan ruji aku. Tapi bila aku tulis Voyage, aku push jugak diri aku untuk habiskan tulis buku ni walaupun at times aku rasa macam nak give up. 


2. Sebab aku dapat ilham tulis Voyage dalam LRT.
Yes, you read that right. Idea untuk Voyage datang masa aku tengah berdiri dalam LRT, di tengah-tengah kesesakan manusia. Hahaha semua orang tengah balik kerja masa tu, so imagine how crowded the LRT was! I had to squeeze myself di celah-celah lautan manusia. I was reading a book masa tu, my mum was standing next to me, also reading. Disebabkan ramai sangat orang, I was forced to close my book. Dan pada masa itulah, aku nampak perkataan 'kapal' dalam buku yang ibu tengah baca. Aku terfikir nak buat cerita atas kapal. Atas cruise. And then, tadaaaaaaaaaaaaaa idea masuk mencurah-curah. I guess it's true when people said ilham akan datang bila-bila masa. 


3. Voyage was rejected once by a famous publisher and ada publisher lain ambik untuk dibukukan.
Do you know how hurt and disappointed I was bila Voyage ditolak oleh satu famous publisher ni bila semua benda dah settle? They wanted to publish the book at first. Aku dah siapkan penghargaan, biodata, it was even edited dah by the editor! Tapi last minute depa tak nak pulak. Tapi Alhamdulillah, rezeki memang ada dekat mana-mana je. I received a Whatsapp message one day, from Puja Buku's big boss, Cikgu Zul,  informing me that PujaBuku is interested in publishing my manuscript! And he asked me whether I am okay with it. OF COURSE I AM OKAY WITH IT OMG, ANOTHER DREAM CAME TRUEEE! That was basically my reaction on that day. Tak payah cerita lah betapa excitednya aku masa tu. A few days after that, aku pergi jumpa Cikgu, to discuss further on the manuscript. To my surprise, Puteh Press' (Puteh Press ni syarikat penerbitan yang terbitkan buku Mat Lutfi and Saiful Nang) big boss, Izzat was there too! Dan bermula lah sesi meeting yang pertama Fatin Hanani Adnan bersama-sama dengan kedua-dua boss besar tersebut. 

Cikgu Zul & Izzat, you guys are the man! Thank you for believing in me. Thank you for believing in Voyage. Thank you for all the hard work and the efforts you guys put in the process of publishing this book and for promoting this book non-stop at the book fair! 


4. No more Farissa Hany, it's Hanani Adnan from now on!
Yup. As much as I love the name Farissa Hany, I guess it's time for me to use another pen name. A pen name yang memang ada kena mengena dengan aku. Hanani Adnan. Ibu was against it at first. She likes Farissa Hany sebab dia kata Farissa Hany lagi ada commercial value daripada Hanani Adnan. To add on that, I started with Farissa Hany and dua-dua buku aku yang sebelum ni pun guna Farissa Hany so why nak tukar pen name now? Tapi aku berkeras cakap yang I'm going for Hanani Adnan no matter what. In the end, ibu setuju jugak walaupun dia cakap Hanani Adnan kurang sikit commercial value. Lol. 


5. Voyage made it to the bestseller list dekat booth Cult!


Alhamdulillah! Tak pernah sekali pun aku mimpi, tak pernah sekali pun aku terfikir yang Voyage akan jadi bestseller, hanya lepas 5 hari keluar dekat pasaran. Rasa nak menangis pun ada bila Izzat inform yang Voyage antara buku yang orang ramai beli dekat booth. Rasa excited bila Cikgu Zul, abang-abang and kakak-kakak booth CULT, other writers cakap congrats sebab Voyage laku. Alhamdulillah. Thank you everyone, for your support! 

Voyage may not be good, Voyage ada cacat cela nya here and there tapi I sincerely hope that you guys would enjoy reading the book as much as I enjoy writing it. To those yang nak beli online, you guys can send PujaBuku a message on Facebook. Mana tahu tiba-tiba diorang boleh jual Voyage online? Hahaha. But really, drop them a message on Facebook if you wish to buy this book online. 

Labels: ,


2 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram