Sunday, August 30, 2015
Susah jadi manusia.

Susah kan jadi manusia?
Susah kan hidup dekat dunia ni?

Semua benda kau buat, orang persoalkan. Kau buat baik orang kata kau menunjuk. Kau buat jahat orang tak berhenti-henti mengutuk. Buat A salah, buat B salah, buat Z pun salah. Habis tu kau nak aku buat apa? Kau nak aku ikut telunjuk kau baru kau puas hati? Macam tu?

Kadang-kadang aku terfikir, aku hidup atas dunia ni untuk apa? Untuk puaskan hati orang lain ke? Atau untuk capai cita-cita dan impian yang aku impikan sejak kecik lagi? Dan siapa pula kau untuk mengarah aku macam-macam? Kau bukan ibu bapa aku. Adik beradik pun bukan. Kaum keluarga apatah lagi. Jadi, kenapa kau perlu expect aku untuk jaga hati dan perasaan kau bila kau tak ada kena mengena pun dengan aku?

Susah jadi manusia.

Post gambar buat volunteer activity pun salah. Cakap kalau kita buat baik, kita tak perlu menunjuk-nunjuk dekat satu dunia. Padahal tak ada sikit pun niat nak menunjuk, apatah lagi nak mendabik dada cakap yang aku lagi baik daripada kalian semua. Aku cuma nak orang lain turut sama turun jadi volunteer, tolong mereka-mereka yang memerlukan pertolongan tu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Susah jadi manusia.

Delete gambar dekat Instagram pun salah. Benda macam tu pun nak dipersoalkan, small matter macam tu pun boleh jadi isu. Padahal itu akaun personal aku, bukannya akaun orang lain. Tak tau pula salah untuk aku upload atau delete mana-mana gambar yang aku suka. Tak tahu pula aku 'berdosa' apabila aku manage sendiri gambar-gambar mana yang aku nak simpan dan gambar-gambar mana yang aku nak padam.

Penat jadi manusia.

Penat bila aku kena dahulukan orang lain sebelum diri aku sendiri. Itu pun ada yang mengata, cakap aku selalu pentingkan kawan, sebelum benda-benda yang lain. Cakap aku pentingkan kerja daripada hal sekeliling aku. Padahal kau tak tau betapa aku risau siang malam fikir pasal benda itu, pasal benda ini. Tak tahu pulak aku setiap kali aku risau, aku kena canang depan muka kau, kena beritahu kau berkali-kali yang aku risau. Mungkin lepas ni aku patut beritahu dan list down untuk kau setiap masa dan saat yang aku luangkan untuk fikir cara nak selesaikan masalah orang lain.

Penat jadi manusia.

Penat sebab aku kena jaga hati orang lain, padahal aku sendiri sakit hati. Orang lain punya hati aku jaga sebab aku tak nak gaduh, aku tak suka masam muka. Tapi bila orang lain tak reti jaga hati aku, tak ada pulak aku bising-bising, tak ada pulak aku complain macam-macam. Instead, aku diamkan je. Kenapa? Sebab aku fikir aku dah besar untuk terasa pasal benda-benda kecik macam tu, walaupun aku sebenarnya rasa macam nak meletup, sebab itu bukan kali pertama kau buat macam tu.

Memang susah jadi manusia. Memang penat jadi manusia.

Satu lagi sebab kenapa memang susah jadi manusia, sebab manusia selalu persoalkan semua benda.

Labels:


2 CLICK(S)

Older Post | Newer Post
Fatin Hanani Adnan


I don't know about you, but I'm feeling 22.
Contact Me
Email
Twitter
Facebook
Instagram